Bicara

angguk itu tanda setuju bukan?
angguk itu tanda patuh bukan?
tapi untuk apa kita mengangguk sedangkan
dalam hati punya bicara yang tak sama seperti yang di gambarkan
dari paras rupa
sumpah seranah semua kau hamburkan di dalam hati

terang dan nyata bicara tentang hati
takkan ada sesiapa yang mengerti


credit to: Petak Koleksi

Dansa

Sedang kita senyum tersipu,
Aku yang erat dalam dakapanmu,
Kau lepaskan,
Kau hulurkan tangan,
Aku sambut dengan penuh tidak tahu.

Kau tarik aku.
Kau bawa aku dansa,
Bersama.

Di tengah kerumunan,
Kita berdansa.
Sempit,
Langkah kecil,
Tapi ayunan melodi terasa.
Direntak ikut degupan.
Kita berdansa.


credit to: Petak Koleksi

Bau

berbaring aku di atas rumput,
melihat bulan yang bercahaya lembut,
bau rumput segar menyelubungi nafas ku,
bau yang ada di saat sepi ku,
disebalik bau rumput diserta kan satu bauan yang harum,
bau yang menenangkan hati,
bau yangku rindui selama ini,
ku pandang ke kiri,
hanya ada pondok yang sepi,
ku pandang ke kanan,
ku lihat dia melambaikan tangan.

aku berdiri, lalu berlari,
berlari meninggalkan bau yang sepi,
berlari menuju bau yangku rindui,
berlari menemui dia yang ku cintai.

cahaya bulan semakin malap,
pandanganku semakin gelap,
bau yang memberi tenaga untuk berlari,
kini hilang, aku berdiri.
aku jatuh,
jatuh terhempas,
graviti bumi menghalangku tuk berlari,
aku tak mampu tuk berdiri,
aku berbaring semula,
berbaring di atas pasir pula.

kiniku sedar,
aku berada jauh darinya,
tidak mampu aku berlari kesana,
tidak mampu aku melihat kesana.
hanya baunya dapatku hidu,
disampaikan oleh angin yang syahdu,
datangnya pula tidak selalu,
aku kaku, semakin buntu



credit to: Petak Koleksi

Mata, Hati

Mata
Dari pandangan mata kita dapat lihat semuanya,
Mata bagai permata yang tajam daripada kaca,
Tiada batas untuk kita melihat menggunakan pancaindera kita ,
Renungan mata membuat kita sungguh terharu dan tidak berkata apa,
Tiada mata tiadalah dunia,
Bersyukurlah kita kepadaNya.

Hati
Hati adalah aset penting dalam tubuh badan manusia , 
Tanpa hati tiadalah kehidupan ,
Tanpa hati tiadalah perasaan ,
Tanpa hati hidup ini tidak bermakna untuk diteruskan,
Tanpa hati juga kita tidak akan di tunjukkan jalan,
Dari hati lah timbul sesuatu yang sungguh indah dan penuh bermakna.



karya: Karem Snacker

AMBIL SAJA SEMUA ITU

ambil semua apa yg aku ada ini, ambil semua apa yg ada dengan aku ini
rampas semua yg bisa aq miliki, ragut semua apa telah aku miliki
curi harta yg pling brharga pd diriku, curi saja semua itu
kerana semua itu tidak penting.....

jgn kau meminta izin dariku, jgn kau meminta untuk memilikinya
kerana semua itu bukan milikku, kerana semua itu bukan ciptaanku
semua itu untuk dikongsi, dikongsi sama rata tidak mengira sesiapa
untuk kepentingan semua, untuk kehidupan kini
untuk diambil saja semua itu
kerana semua itu bukan milikku......

C.I.N.T.A?

ape itu cinta sebenarnya? aq msih lgi x fhm, krn aq kurng pengalaman bercinta.
tpi org slalu ckp cinta itu gila! tapi klu cinta itu gila, knp rmai msih lgi yg bercinta?
adakah itu semua bukn cinta? adakah itu sekadar permainan kehidupan atau permainan cinta?
yg pasti cinta bnyk menjerat mangsa2nya tanpa mereka sedari & bnyk yg menderita kerana cinta.
yg aq tahu rmai merana kerana cinta, ada yg bermusuhan & berdendam.
yg aq tahu cinta x dpt menyatukan seperti hubungan keluarga & sahabat.
orang ckp cinta sejati akan berakhir dengan happy ending. tpi ada lgi ke skrng nie?
tpi ape yg aq tngok skrng nie semuanya berakhir dengan tragis & dramatik skali.
first of all, x semua cinta akn kekal ke alam perkahwinan seperti yg semua impikan.
Tapi hidupku kini terasa sunyi. mungkinkah aq perlukan teman untuk berkongsi hidup denganku?
berkongsi saat manis & duka bersama. ketawa bersama-sama, mendengar luahan hati aku.
atau adakah aq sebenarnya memerlukan cinta? tpi aq tkut untuk bercinta, krn aq tkut untuk kecewa & merana....


FYI: aq sekadar menulis utk memberikan pandangan & luahan hatiku saje. tiada niat utk mengguris & menyinggung perasaan seseorang....:)
dan sebenarnya aq msih tidak mengerti ape itu cinta sebenarnya & sebenarnya aq tiada hak utk bercerita tentang cinta krn aq tidak hebat di dlm CINTA........

CINTA?

Apa tu cinta tu? apa permainan yang bila manusia main dia tak akan berhenti sampai dia mati? Cinta dude.Cinta.Tapi yang dinamakan manusia mesti penat.Mesti penat punya.Sebab manusia bukan Tuhan.Tapi yang dinamakan Tuhan mesti letak SATU orang manusia yang tak akan penat main permainan tu.Siapa jumpa,dia dapat.Dan aku rasa dah ada orang yang jumpa.Sebab tu kita tak pernah berhenti putus cinta.


well,tali mana yang tak akan putus.


At the end cuma kita dan hidup kita,macam mana kita sepahkan dia dan siapa yang ada untuk selamatkan kita.Ironiknya,no one....

credit to Petak Koleksi....

PUZZLE

ku carik ku cantum
ku pilih ku susun
semua hampir lengkap
sedikit lagi siap
cuma satu saja lah
di mana ? oh ya ,
engkau rupanya
pegang secalit hati
yang besar erti
dan terus lengkapi
tanpa pun ada ganti
aku dengan seri
dan tiadalah sepi....

AKU BEKU

tenteram aku tak menentu
berkalih berkali tetap begitu
terus lesu


namun aku
masih tak biasa
atau mungkin menerima
tak tahulah
ada yang lain bertukar
tak tentu matanya meliar
ada yang lain bersama
begitu dia cuba menerima


selepas rasa itu hilang berlalu
ditambah sakit menekan perlu
aku beku

credit to: Petak Koleksi....:)

KATA-KATA ITU

Aku masih ingat pada kata-kata itu, kata-kata itu yg berlari di dalam fikiranku
mengajarku erti kehidupan, bukan sekadar kepura-puraan
Aku masih lagi ingat pada kata-kata itu, walaupun masa terus berlari
aku tetap pegang pada kata-kata itu, kerana kata-kata tidak pernah berbohong
Walaupun hari berganti hari, usiaku meningkat dewasa
aku tidak lupa pada kata-kata itu, kerana kata-kata itu yg
menghidupkan duniaku ini....

MUZIK?

Ape itu muzik? kata orang tiada muzik tiadalah kehidupan. adakah ianya betul? adakah ianya sekadar bunyi? atau adakah ianya sekadar cara untuk meluahkan perasaan, sama ada sayang atau benci? atau adakah ianya sekadar nota-nota yg ditulis di atas sekeping kertas?

Kata-kata daripada seorang Kawan.....

Bila kau lari aku akan ikut sama berlari, berlari mengejar yg pasti tapi kalau kau penat jgn pernah berhenti,
kerana aq takkan pernah berhenti mengejar yg pasti di depan sana sampai satu masa nanti kau akan tahu betapa indahnya dunia ini.....:)