Hati
Hati.
Jaga diri baik-baik.
Jangan biar kau disakiti.
Hati.
Mudah disakiti sukar diubati.
Sakit tidak boleh dikongsi.
Jangan lupa pesan ini.
Harus Berhati-hati
Jaga diri baik-baik.
Jangan biar kau disakiti.
Hati.
Mudah disakiti sukar diubati.
Sakit tidak boleh dikongsi.
Jangan lupa pesan ini.
Harus Berhati-hati
Hari ni aku masih bersendirian,tiada teman di sisi..sepi bukan?? haha begitulah hari-hari aku,tiada penghujungnya..aku duduk seorang diri sambil menghirup udara sedar malam ini bersama sebatang rokok winston light..terlintas di fikiran,sampai bile aku begini? haha mungkin sampai aku mati ..mungkin keseorangan itu sudah jadi teman hidup aku,mungkin juga aku tidak perlu kan teman?..
Pernah terfikir, atau pun terlintas soalan ini dalam kotak minda anda? "Aku kenal ke diri aku ni...?" Pernah? Aku biasa dengar rakan-rakan aku cakap, "aku kenal lah diri aku", "i am me", "Im proud to be what I am" dan banyak lagi. Bagi aku, masing-masing ada hak dan pendapat masing-masing tentang siapa mereka sebenarnya, bagaimana mereka sebenarnya...hahaha. Tapi ada something yang kadang-kadang kita selalu terlepas pandang dan terus melakukan kesilapan itu.
Kita tidak tahu bagaimana kah kita di mata orang lain. Apa orang lihat? Bagaimana orang membuat andaian tentang kita bila melihat kita? Pernah terfikir? Aku selalu terfikir, apa aku di mata orang? Apa kah dengan cara aku yang aku pilih, iaitu untuk terus menjadi diri sendiri dan buat sesuatu mengikut kehendak aku boleh di terima orang lain? Atau ada kah ia akan membuat orang rasa annoying dengan cara kita bergaul dengan orang? Aku takut betul tentang hal ini. Sungguh.
Kita sering fikirkan tentang kelebihan kita. Sembang itu, sembang ini, canang kan kelebihan kita pada orang lain, namun tahu kah kita tentang kelemahan kita? Ia sesuatu yang sukar untuk kita sendiri kenal pasti. Bagi aku, kelemahan kita hanya sesetengah orang sahaja yang boleh kesan. Siapa? Pastilah musuh kita, siapa lagi. Musuh akan mengkaji tentang kelemahan orang yang tidak disukai nya, bukan? Ia fakta yang aku rasa benar.
Jadi, kita harus lah kenal diri kita sebelum kita hendak kenal orang lain. Fahami dulu tentang diri kita sendiri, kuasai diri sendiri, jadi maharaja dalam minda sendiri...baru lah kau lebarkan empayar minda kau dan cuba memahami tentang orang lain. Ia penting agar kita tidak dibenci oleh orang apabila melakukan sesuatu yang kita rasa okay, tapi kita tidak sedar yang ia menjengkel kan dan membuat orang rasa, "eh, apahal budak ni...poyo je...".
Bagi aku, apa yang aku rasa aku luahkan dan kongsi agar aku tidak lagi jadi seorang budak lelaki yang sembunyi di sebalik kaca mata hitam dia, pasif dan tidak mahu bersuara untuk menyampai kan sesuatu. Ia sesuatu yang buruk, sungguh buruk. Kita ada hak untuk bersuara, suarakan apa yang kita rasa dan kita fikir. Kalau kita tak bersuara, siapa yang akan faham kita, lalu orang lain akan terus memandang kita dengan pandangan jelek. Yang paling penting, jangan letak tempat kita sebagai orang yang sentiasa betul. Ia sama seperti lampu merah untuk membiarkan orang membenci kita.
Anda rasa anda seorang yang gagalis?
Gagalis. Seseorang yang gagal dalam hidupnya. Anda rasa ia anda? Anda seorang yang gagalis?
Aku pernah jadi seorang gagalis. Banyak kali aku jadi seorang gagalis. Aku jatuh, aku bangun. Aku jatuh lagi, aku bangun lagi. Aku jatuh lebih teruk, aku bangun dengan tenaga yang lebih banyak. Kenapa aku terus bangun? Bagi aku aku, bila kita gagal ia adalah satu titik tolak untuk aku cuba lagi dengan cara yang berbeza, tenaga yang berbeza, pemikiran yang berbeza, semua nya berbeza. Itu, aku pegang dalam diri aku.
Proses hidup ini sangat misteri bagi aku. Ia datang tanpa di rancang. Kita tidak tahu apa jalan cerita nya, tetapi kita tetap cuba menulis cerita kita sendiri. Kebiasaanya orang yang gagal akan rasa sedih, murung dan seperti hilang harapan. Ini lah yang berlaku bila perasaan menguasai pemikiran waras kita. Bila dah rasa macam tu, pasti rasa hidup seperti tiada nilai dan ambil keputusan untuk bunuh diri. Si syaitan ketawa berdekah-dekah melihat mangsanya mati kerana mengikut perasaan.

Sendiri
Terjaga dari mimpi,
sejuk.
Hidupkan komputer riba,
biarkan muzik berkumandang di setiap sudut bilik ini,
sarapan minda pertama aku.
Capai tuala, mandi.
Sarapan, pancake blueberry hari ini.
Kopi O mungkin pasangan yang sesuai, kata aku sendirian.
Hari aku bermula,
dengan fikiran aku melayang ke arah nya,
angin, jom teman aku ke sana.

Ditinggal
Kotak minda terganggu,
kenangan silam, gelap dan kelam,
genggaman tangan semakin lemah,
saat rasa perit bergerak laju,
dari hati, terus ke seluruh tubuh....
sakit, sumpah sakit,
mungkin kau boleh rasa,
jika kau pernah rasa di tinggal, keseorangan.
-ni hadiah daripada seorang kawan yang pergi meninggalkan aku, dialah kawan terbaik & terhebat aku. dia banyak bagi aku semangat & nasihat walaupun perangai dia kadang kala macam x sama dengan usia.hahaha aku sayang kau kawan. thnx ajar aku apa tu erti kehidupan....:)

Subscribe to:
Posts (Atom)