Anda rasa anda seorang yang gagalis?
Gagalis. Seseorang yang gagal dalam hidupnya. Anda rasa ia anda? Anda seorang yang gagalis?
Aku pernah jadi seorang gagalis. Banyak kali aku jadi seorang gagalis. Aku jatuh, aku bangun. Aku jatuh lagi, aku bangun lagi. Aku jatuh lebih teruk, aku bangun dengan tenaga yang lebih banyak. Kenapa aku terus bangun? Bagi aku aku, bila kita gagal ia adalah satu titik tolak untuk aku cuba lagi dengan cara yang berbeza, tenaga yang berbeza, pemikiran yang berbeza, semua nya berbeza. Itu, aku pegang dalam diri aku.
Proses hidup ini sangat misteri bagi aku. Ia datang tanpa di rancang. Kita tidak tahu apa jalan cerita nya, tetapi kita tetap cuba menulis cerita kita sendiri. Kebiasaanya orang yang gagal akan rasa sedih, murung dan seperti hilang harapan. Ini lah yang berlaku bila perasaan menguasai pemikiran waras kita. Bila dah rasa macam tu, pasti rasa hidup seperti tiada nilai dan ambil keputusan untuk bunuh diri. Si syaitan ketawa berdekah-dekah melihat mangsanya mati kerana mengikut perasaan.
No comments:
Post a Comment